Thursday, February 14, 2008



Biarpun sudah berhijrah kedarat dekat dua dekat, namun suasana kehidupan diKampong Ayer maseh segar aku rasakan. Terlalu indah untuk dilupakan , biarpun banyak kenangan pahit manis tersimpan disini, namun semua itu adalah satu yang indah biarpun ianya kadangkala ianya pahit.

Suasana malam dikampong Ayer pada zaman ku mungkin sekarang sudah amat berbeza dengan keadaan sekarang ini. Aku difahamkan pada masa ini apabila malam menjelang, anak - anak akan berkumpul dalam rumah, dan sudah jarang kelihatan kelibat anak - anak muda remaja berkumpul sambil duduk - duduk diatas jambatan, sambil bernyanyi dan bermain gitar. Itulah zaman remaja ku semasa aku tinggal dikampong Ayer.

Satu waktu yang tidak pernah luput adalah waktu percutian sekolah, waktu inlah yang dinantikan oleh anak - anak muda speerti aku ketika itu. Waktu itulah kami akan berkumpul sehingga lewat pagi, duduk - duduk santai diatas jambatan sambil bermain gitar dan makan - makan kacang. Bergurau senda. Sekitar tahun 80'an waktu zaman persekolahan ku, cuti panjang adalah sewaktu cuti puasa, dimana kami akan bercuti sepanjang bulan puasa sehinggalah seminggu leppas hari raya baru kembali sekolah. Dan masa inilah kami gunakan dengan berbagai aktivit ketika itu. Yang paling seronok pada cuti bulan puasa ini adalah masa untuk berkhatan atau masa untuk anak - anak bersunat, selain daripada itu juga sebelah malam kami akan bersembahyang terawih dibalai kampong kami dan selepas itu bertederus dari rumah kerumah. Itulah sbeahagian kenangan yang masih segar dalam ingatan ku.